
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ????✨
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Balai Bomba & Penyelamat Masjid Tanah atas kerjasama cemerlang dalam menjayakan Latihan Kebakaran di SMK Ghafar Baba pada hari ini. ????????
Latihan ini telah memberikan pendedahan berharga kepada warga sekolah tentang langkah keselamatan dan tindakan pantas yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran. ????????????
Kerjasama erat antara pihak sekolah dan Balai Bomba bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kesedaran, malah memperkukuh hubungan komuniti yang proaktif dan prihatin. ????????
Semoga sinergi ini akan terus terjalin demi kesejahteraan dan keselamatan semua warga sekolah.
Terima kasih atas khidmat bakti dan dedikasi anda! ????????