
Tahniah diucapkan kepada guru-guru SMK Ghafar Baba kerana telah berjaya mengikuti Bengkel Pembinaan Kajian Tindakan Tahun 2025 yang berlangsung pada 13 Mei 2025.
Bengkel ini telah berjaya memberi pendedahan yang bermanfaat kepada para guru tentang konsep dan pelaksanaan kajian tindakan dalam pendidikan. Terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan, Pn Hajah Sabiah Binti Ninggal, Pegawai SISC+ Sains dan Matematik, PPD Alor Gajah, atas perkongsian ilmu yang amat bernilai.
Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
SMK Ghafar Baba — Sejahtera, Gemilang, Bersama!